Bermula minggu kedua bulan November 2009 telah diadakan hari Anugerah@Ihtifal bagi murid-murid PASTI Seluruh negeri Perak. Antaranya ialah Kawasan Batu Gajah dan Sungai Siput(U).
Tuesday, November 24, 2009
HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009
Bermula minggu kedua bulan November 2009 telah diadakan hari Anugerah@Ihtifal bagi murid-murid PASTI Seluruh negeri Perak. Antaranya ialah Kawasan Batu Gajah dan Sungai Siput(U).
Saturday, October 10, 2009
Lawatan ALK Ke RFC




Alhamdulillah 10 Oktober 2009 jam 11 pagi, seramai 6 ALK Koperasi Tunas Islam Negeri Perak Berhad telah melawat RFC (Radix Fried Chicken),ROC (Radix Oriental Causine),RBH (Radix Bakery House) di Sungai Petani Kedah. Perbincangan bersama pengurusan HPA berjalan lancar. ALK dijamu sarapan di RFC dan makan tengahari di ROC..
Mudah-mudahan perbincangan ini akan membawa kejayaan KOPASTI Perak....
Mudah-mudahan perbincangan ini akan membawa kejayaan KOPASTI Perak....
Tuesday, October 06, 2009
Mesyuarat ALK KOPASTI


Mesyuarat Ahli Lembaga Koperasi (ALK) Koperasi Tunas Islam Negeri Perak Berhad telah diadakan di Pejabat PAS Ipoh dengan dihadiri oleh 10 ALK bagi membincangkan program-program yang akan diadakan.Pengerusi Kawasan bolehlah mengutip duit saham daripada ahli yang berdaftar kini lebih 200 orang,RM100 satu unit.
ALK juga bersetuju memilih logo untuk Koperasi.
Antara projeknya ialah menjadi pembekal Baju sekolah berjenama Canggih,Koko Assihah, RFC, alat tulis.
Semoga segala program yang dirancang akan berjalan lancar
Sunday, August 30, 2009
KOPASTI
Alhamdulillah, Koperasi Tunas Islam Perak telah diluluskan pendaftarannya. Kepada semua Pengerusi Kawasan diharap menghantar borang ahli dengan bayaran. Ahli akan dibenarkan membeli saham RM100 satu saham.
Semoga program-program yang akan dijalankan akan mendapat keuntungan untuk kebaikan ahli..Amin..
Semoga program-program yang akan dijalankan akan mendapat keuntungan untuk kebaikan ahli..Amin..
MESYUARAT ALP
Mesyuarat diadakan pada 30 Ogos 2009 di Pejabat PAS Perak bermula dari jam 9.30 pagi. Semua ALP dan Pengerusi Kawasan wajib hadir atau menghantar wakil..
Saturday, May 23, 2009
Tahniah...
PASTI Perak mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada Pengarah PASTI Negeri Perak, kerana telah dilantik semula untuk sesi 2009/2011.
Pengerusi PASTI Kawasan juga ada yang kekal dan ada lantikan baru.
Semoga usaha tuan-tuan untuk meneruskan perjuangan akan diterima Allah...
Ahli Lembaga Pengarah (ALP) PASTI negeri Perak akan dilantik pada mesyuarat yang akan datang.
SELAMAT MENJALANKAN TUGAS...
Hari Guru 2009
Sambutan hari guru pada 23 Mei 2009 diadakan di Dewan Perbandaran Teluk Intan dirasmikan oleh YB Hj Mohd Anuar Bin Sudin,ADUN Changkat Jong.
Majlis pada sebelah pagi dimulakan dengan Usrah Perdana yang disampaikan oleh Ustaz Termizi Abdul Rahman dihadapan hampir 400 guru dan ALP Pasti Kawasan seluruh negeri Perak.
Jam 10.30 pagi ketibaan YB Hj Mohd Anuar Sudin diiringi Pengarah Jawatankuasa Majlis Sambutan Hari Guru Sdr Shamsuddin Mahmood dan ALP PASTI Perak.
Aturcara seterusnya ialah Bacaan Doa oleh Ust. Mohamad Maidin,Nyanyian lagu NegaraKu dan Lagu PASTI, diikuti Zikir Asmaul Husna diketuai Ustzh Faridah Dawam(Timb, Pengerusi MGP Perak).
Bacaan ikrar diketuai oleh Ustzh Syafinaz Fahme. Ucapan-ucapan dimulakan dengan ucapan Pengerusi MGP Ustzh Hjh Asmah Tukiran, Ucapan Pengarah PASTI Perak dan Perasmian oleh YB Hj Mohd Anuar Sudin.
Selepas Perasmian disampaikan Hadiah Pertandingan gubahan dan masakan oleh Pengarah PASTI Perak.Penyampaian Anugerah-anugerah sempena Hari Guru disampaikan oleh YB Hj Mohd Anuar Sudin..
Tuesday, April 07, 2009
Alhamdulillah PAS Menang

SUDAH sah Menteri Besar Rakyat Perak, Mohamad Nizar Jamaluddin telah memenangi pilihan raya kecil P 59 Bukit Gantang menewaskan dua calon, BN, Ismail Suffian dan seorang calon bebas.
Nizar mendapat 21,860 undi manakala Ismail Suffian mendapat 19,071 undi dan calon bebas mendapat 62 undi sekaligus calon bebas itu hilang wang pertaruhan. Majoriti diraih Nizar sebanyak 2,789 undi.
Nizar mendapat 21,860 undi manakala Ismail Suffian mendapat 19,071 undi dan calon bebas mendapat 62 undi sekaligus calon bebas itu hilang wang pertaruhan. Majoriti diraih Nizar sebanyak 2,789 undi.
Friday, February 06, 2009
Subscribe to:
Posts (Atom)

